Subscribe:

MUKADIMAH



Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) III 2011 ialah kesinambungan perhimpunan penulis muda yang telah diadakan dua kali sebelum ini iaitu pada tahun 2005 dan 2009. PPMN III ini diadakan sebagai suatu usaha untuk melihat perkembangan dunia kesusasteraan, cabaran masa kini dan fungsi pengarang muda.


Abad ke-21 ialah abad yang bersifat sejagat. Sempadan di antara sebuah negara dengan negara yang lain hanya bersifat geografi. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan wujudnya sebuah dunia yang baharu dalam sejarah ketamadunan manusia. Kepesatan ini juga menyebabkan pengaliran pemikiran, kebudayaan dan keupayaan kreativiti. Pengaliran ini memberikan pelbagai kesan, termasuk merancakkan interaksi, merombak nilai-nilai asal dan membentuk pandangan pengarang muda.


Alaf baru juga dalam konteks nasional telah memperlihatkan beberapa perubahan dalam landskap sosioekonomi dan sosiobudaya. Beberapa peristiwa yang bersifat politik, kelihatan turut menimbulkan pelbagai persoalan.


Semua persoalan tersebut merupakan satu cabaran. Untuk menjawab cabaran tersebut, pengarang muda dituntut untuk mempunyai makna diri dan kebijaksanaan untuk memanfaatkan pengalaman tradisi persuratan Melayu yang panjang tanpa meminggirkan pengalaman-pengalaman baru dalam abad kini.


***



TEMA
'Pengukuhan Makna Diri Pengarang Muda'


MATLAMAT
  1. Menjadikan sastera kebangsaan sebagai medium utama pengukuhan masyarakat yang saling menghormati dan mempraktikkan Perlembagaan Persekutuan.
  2. Membentuk kesatuan dan makna diri penulis generasi baharu dalam soal prinsip dan cita-cita pengkaryaan/penulisan demi kepentingan bersama yang lebih luas.
  3. Meningkatkan keupayaan penghasilan karya kreatif dengan merumus pengalaman tradisi persuratan Melayu sebagai satu kesinambungan.