Subscribe:

Ahad, 16 Oktober 2011

BORANG PENYERTAAN PPMN III 2011


Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN)III 2011 akan diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Disember 2011 dengan tema "Pengukuhan Makna Diri Pengarang Muda" 

Program terbuka untuk penulis, penggemar sastera dan khalayak awam. Bayaran penyertaan minimum. Maklumat lanjut dan pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan di sini --> DAFTAR

TERBUKA KEPADA SEMUA PENULIS
TIDAK KIRA USIA REMAJA ATAU 'SENJA'
TIDAK TERTAKLUK HANYA YANG MUDA
KERANA TANPA REMAJA KITA TAKKAN DEWASA
TANPA MELALUI ZAMAN MUDA TAKKAN MENGINJAK TUA
DAN TITIK-TITIK INI KITA LALUI SEBELUM NOKTAH TERAKHIR
WALAU DI MANA ZAMAN USIA KITA...

AYUH KITA RAPATKAN SILATURRAHMI
BERTEMU KITA NANTI
DI AKADEMI KENEGARAAN
DI MUSIM TENGKUJUH TAHUN INI!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya memang berminat dalam penulisan. Cuma saya masih ketinggalan dari arus kemajuan perkembangan dalam bidang ini.

Adakah disebabkan saya berada di negeri Sabah, justeru terdapat jurang maklumat yang terhad di negeri ini berbanding Semenanjung...?

Harap maklum.

Catat Ulasan